MAKLUMAT TENTANG TANDA REGANGAN


CIRI KLINIKAL

Striae rubra- kemunculan awal, garis timbul merah hingga ungu yang mungkin menandakan pruritis ringan

  • Tanda awal ini mungkin kekal satu hingga dua tahun
  • Pada fasa inilah pemulihan boleh dilakukan dengan rawatan

Striae alba- warna kulit akan beransur pudar, dan garis-garis menjadi putih atau perak.

  • Garis menjadi atrofik, terbenam di sekeliling bawah kulit
  • Permukaan kulit kelihatan berkedut-kedut sedikit.
  • Kebiasaannya kekal tetapi akan beransur hilang.
  • Lebih sukar untuk mengurangkan tanda regangane

PERINGKAT 1

Tanda regangan awal akan muncul berwarna merah jambu dan mungkin rasa gatal. Kulit di sekeliling tanda regangan juga akan kelihatan ‘rata’ dan ‘nipis’.

PERINGKAT 2

Tanda regangan akan beransur membesar dari segi lebar dan panjang dan menjadi merah atau ungu

PERINGKAT 3

Setelah matang, warna merah/merah jambu akan tidak kelihatan. Beberapa bulan selepas hamil, ia akan mula pudar dan menjadi putih atau perak pucat. Kesannya juga mungkin kelihatan sedikit terbenam dan tidak sekata dari segi bentuk atau panjang.