Soalan Lazim


Siapa yang mungkin mengalami kesan regangan?

Kesan atau tanda regangan boleh berlaku di kalangan wanita, remaja, ahli bina badan dan juga lelaki dan wanita yang mengalami kenaikan berat badan yang ketara dan perubahan hormon. Tanda regangan lazimnya terbentuk pada kulit kering dan bukannya kulit lembap.


Bagaimana untuk memastikan saya mendapatkan keputusan terbaik?

Gly Derm Stretch Mark Cream hendaklah disapu 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang, untuk sekurang-kurangnya 2 bulan. Sebaik-baiknya sapu pada kulit lembap selepas mandi. Keputusan berbeza-beza mengikut setiap pengguna, bergantung kepada bilangan tanda regangan dan gaya hidup. Sebagai contoh, amalan seperti merokok dan pengambilan minuman beralkohol boleh mempengaruhi kesihatan kulit dan mengurangkan keberkesanan rawatan. Gly Derm hendaklah digunakan dengan kerap untuk memaksimumkan keputusan. Keputusan awal mungkin dilihat seawal 3 minggu penggunaan. Bagaimanapun, penggunaan berterusan diperlukan untuk kesan jangka panjang yang lebih menyeluruh.


Bolehkah tanda regangan dielakkan?

Tanda regangan adalah sebahagian daripada proses tumbesaran dan penuaan. Amalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan keanjalan kulit lantas mengurangkan peningkatan tanda regangan pada badan anda.