TESTIMONI

Kongsi kisah kejayaan anda menentang tanda regangan!

Responden Kajian Filipina
“Saya amat gembira – memang saya melihat peningkatan. Apabila disentuh, kulit saya rasa seolah-olah sekata.”

Ullie

“Saya mula mengalami tanda regangan pada bahagian perut saya semasa hamil anak sulung dan keadaan bertambah teruk semasa kehamilan kedua 15 tahun lepas. Pada mulanya, saya cuba merawat tanda regangan menggunakan ubat Jawa tradisional seperti lulur parem, dan juga losen tangan dan badan, minyak bayi dan minyak zaitun. Tetapi semuanya tidak berkesan dan selepas itu saya mengaku kalah dan menerima keadaan ini sebagai sebahagian daripada pengorbanan seorang ibu. Saya tahu ada krim khas untuk tanda regangan tetapi terlalu mahal (Rp400,000) dan tidak pasti keberkesanannya. Baru-baru ini seorang rakan saya mencadangkan saya mencuba produk baru yang dinamakan Gly Derm. Saya agak waswas tetapi dia memberi saya krim itu secara percuma jadi saya cuba tanpa mengharapkan apa-apa.


Bagaimanapun, selepas saya menggunakan Gly Derm secara kerap dan menghabiskan satu tiub, (kira-kira 4 minggu), saya mula melihat kesannya. Pada mulanya, kulit saya rasa lebih lembut dan permukaan tanda regangan yang tidak sekata menjadi rata. Selepas tujuh minggu, warna juga berubah daripada perang gelap kepada warna lebih cerah; dan saiz dan panjang regangan semakin pendek dan nipis. Sehingga kini, saya boleh melihat dengan jelas perbezaannya dan saya masih menggunakan GLY Derm dengan kerap (12 minggu) kerana saya mahu mencapai hasil maksimum. Saya begitu gembira dengan hasilnya, sekarang saya membeli sendiri Gly Derm.”

 

Carmen Cobbett

“Saya suka tekstur krim dan ciri pelembapnya. Berbeza daripada pelbagai produk lain di pasaran, Gly Derm amat licin pada kulit dan tidak meninggalkan kesan melekit atau berminyak. Lagipun, ia juga melembapkan kulit. Produk ini memang baik, dan saya syorkan kepada sesiapa sahaja yang mencari produk yang berkesan untuk mengurangkan tanda regangan.”